Jauh Di Mata Dekat Di hati !


Assalamualaikum 

Hari ini dah masuk seminggu lebih aku sampai di bumi ARAU ni.
Perasaan sekarang ni tak sabar dan takut.
Tak sabar sebab nak tingkatkan prestasi untuk semester ni.
Takut sebab berjayakah aku lalui semester ini dengan cemerlang.
Selama 2 bulan aku dah cuti, jadi bila nak sem mula lah liat- liat, taku- takut. 

"Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  
Ya Allah  semoga SEMESTER ini aku berjaya dengan cemerlang.
Terimalah ushaku, 
permudahkanlah urusanku Ya Allah,
bantulah aku dalam setiap perkara,
hilangkanlah resah di hati, hilangkan lah rasa was- was di hati.
Berkatilah dan redhailah jalanku ini. Amiinnn, Ya Rabbal'alamin"
Sebenarnya aku menulis ni sebab aku rindu dengan kawan- kawan aku.
Teringat kenangan- kenangan semester- semster lepas.
Ada je lah kerja yang entah apa- apa kitaorag buat.
Sangat- sangat rindukan mereka. :D

SAM ~ ZATI ~ SHU ~ AMAN
Aku rindu dengan korang,
Dengar Ti dan Aman bercerita,
Selesaikan kes yang tak berapa nak kes,
Kongsi macam- macam :D
Sam pun tak lama lagi nak habis.. 
Tinggalah aku.. (tulah dulu main- main drop paper tu, drop paper ni. sekarang meranalah saya T_T) 


Ada lagi sorang yang dah lama sangat tak jumpa.
Cik Huda yang comel ni lah.. :)
Pertemuan pasti ada perpisahan,
Jika takdir memutuskan untuk kita berpisah,
Haruslah kita terima dan redha,
Tetapi ingat !
Tiada pertemuan yang tidak meninggalkan memori,
Simpanlah memori itu sebaiknya,
Supaya di ketika lama tidak bersua,
Masih ada lagi nama ku yang bermain di benakmu
Kenanglah aku dalam setiap doamu,
Supaya persahabatan yang terjalin ini di redhai Illahi,
Kerana bersahabat bukan sahaja di dunia,
Biarlah hingga ke Syurga,
Biar jauh di mata, dekat di hati.

Salam sayang dari ku untuk mu SAHABAT .. 










Comments

Lieza Nordin said…
xyah takut la..insyaAllah boleh ^^
insyaAllah terima kasih Aisya Lieza... :D

Popular posts from this blog

SAKSI DISEBALIK LENSA

Kenali nafsu kita di peringkat mana