16 June 2014

Cuma Mereka yang Sanggup Sabar ....


Jujurnya aku bukan seorang anak yang baik,
Banyak sangat salah dan silap yang aku buat,
Sering menyusahkan kedua orang tua ku,
Entah berapa banyak air mata yang keluar dek kerana sikap degil aku,

Abah lelaki paling tabah dan penyabar pernah aku kenal selama aku hidup,
Semua karenah aku, 
Semua perangai mengada aku,
Dilayanya,

Umi wanita paling kuat pernah aku kenal,
Walau mulut marah,
Tangan dan kaki masih laju membuat kerja,
Walau aku sering menyusahkan,
Tetap juga sabar.

Mana mungkin ada pengganti mereka,
Walau kau longgok emas berlian,
Kasih mereka tidak mungkin dapat di bandingkan,

Mereka tahu,
Walau mereka susah sekarang,
Di hari tua nanti anaknya pasti ada di sisi,
Yang paling penting!
Di akhirat sana pasti ganjaranya tinggi..

09 June 2014

Gapai Impian !


Rasa kekok bila lama tak menulis blog, tapi aku tetap nak menulis.
Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku kerap terfikir tentang masa depan aku.
Antara yang aku fikir, apa yang aku akan jadi nanti, aku ni hangat- hangat tahi ayam je ke. Semuanya seolah bermain- main dalam fikiran aku ni.

Sejujurnya, I want to be a writter.
Yes, macam menipu kan, yelah mana taknya aku ni memang ada blog tp tak ada lah selalu update.
Aku punya blog pun biasa sangat. Tak cantik langsung.
So, mesti kelakar bila aku kata aku nak jadi penulis.

Aku memang minat menulis sejak dari bangku sekolah lagi.
Cuma aku tak pernah tunjuk bakat aku ni.
Aku banyak menulis dalam diary, 
dalam buku- buku kosong pun aku boleh menulis, 
cuma entahlah.
Aku tak yakin dengan diri sendiri.
Aku takut kalau- kalau semunya hangat- hangat tahi ayam.

aku seorang yang pemalas, 
jadi setiap benda yang aku buat banyak yang tertangguh.
Hmm.. 
Aku kena buktikan yang aku pasti boleh berjaya.
InsyaAllah.
Kalau aku tak nak ubah nasib aku, macam mana Allah nak ubah nasib aku.
Usha yang terbaik shuhadah!
'O Allah, let me be a good writter' 
Amiinn.. :')