27 November 2010

Faham dan sedar

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)

14 November 2010

Berprasangka baik

Assalamualaikum.....
Hari ni,aku nak berkongsi macam-macam...
oklah....hari ni aku nak bercerita tentang bersangka baik.....
Apa yang aku faham tentang ini, kebanyakkan manusia susah untuk bersangka baik termasuklah diri saya (~_~)..
Kadang- kadang sampai kita tak sedar kehidupan kitadipenuhi dengan prasangka buruk...
sehingga kadang-kadang menyebabkan macam andaian yang negatif..
dulu saya selalu berfikir yang negatif sahaja..kerana saya beranggapan kita tak akan berasa sedih jika kita mendapat tahu memang perkara buruk yang berlaku..
sedangkan saya tidak sedar,yang saya perlu mempercayai apa sahaja ketentuan Allah..
tentu ada baiknya..
Allah tidak aka menciptakan sesuatu yang sia-sia. Sungguh jauh diri ini dari Allah bila kita mengetahui bahawa begitu rendah ilmu saya...
Dan ingatlah kawan-kawan bila kita berperasangka buruk akan munculah segala syak wasangka serta akn timbul umpatan serta fitnah.....
Ya Allah.....sungguh dasyat yang terjadi.. Apabila kita berprasangka buruk sebenarnya kita berprasangka buruk dengan Allah...
kerana sedarlah wahai ummat dan terutamanaya diri saya bahawasanya Allah yang menciptakan setiap kejadian dan tidak ada satu pun yang sia-sia...

Firman Allah Subhanahu wata’ala :

يظنون بالله غير الحق ظن الجاهليـة يقولون هل لنا من الأمـر من شيء قل إن الأمر كله لله

“…Mereka berprasangka yang tidak benar terhadap Allah, seperti sangkaan jahiliyah, mereka berkata : apakah ada bagi kita sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, katakanlah : sungguh urusan itu seluruhnya di Tangan Allah.…” (QS. Ali Imran, 154).

15 October 2010

Assalamualaikum......
aku tak tahu macam mana aku nak luahkan....aku sedar,aku hanya manusia biasa yang sentiasa tidak lari dari angan-angan... aku sebenarnya masih dalam awan yang bergerak dan tidak tahu arah tujuan yang pasti...
aku sendiri tak faham apa maksud semua ni.. aku mengharap perkara yang kurang pasti....
entahla..entah mana titik noktahnya...
hmm..
mungkin aku perlu hentikan semua ini..tapi aku tak mampu..
pari-pari bantulah aku...
bawalah aku ke alam nyata,tanpa membawa kenangan disana...
pari-pari adakah kau pun pernah meraskan ini hingga kau pun tak mampu nak membantu ku???
hahahahahahahahahaha....!!!!
mengarut...!!
Ya Allah....
bantulah hamba mu ini..........
sesungguhnya hamba mu ini menharapkan pertolonganmu Ya Allah....

07 October 2010

Kenangan di Asrama....

Assalamualaikum pengalaman ana duduk asrama...hmm seronok sgt2!! wktu nk habis sekolah tu.. rs mcm x nk tinggalkan asrma langsung... lg2 mmber2 yg giler2 prangainye... org duduk asrama ni lbh pnglman dri org duduk rumah.. tp yg best duduk asrama.. disiplin terjaga lpstu klu dah buat salah satu dorm kena.. time puasa nak dekat raya,baling mercun... tp tak kena tangkap lah,kena pandai cover.. satu dorm cover mengcover time tu.. tapi jgn tirulah apa yg ana buat.. cuti hujung minggu pula telefon 'mcd' but delivery.. duduk kat asrama byk mkn...time mcd dgn brg2 yahudi yg lain kena boikot.. satu dorm melopong je time cuti... mkn roti msk megi sampai kembung perut.. kempunan mcd py psal... huhuhu.... yg pling best wktu meniaga jual air tembikai waktu hari koperasi.. kaya satu dorm... resepi rahsia yg kitaorg tambahkan... sampai cikgu pun 2 kali beli.. "iman,pika,fiera,ema,ika,nad,qiqi3,papan,poney,mek,fathiah,izzati dan semua warga blok fitrah" kenangan dgn korang tak akn ana lupakan... lagi2 warden yg jga kitaorg.. yg byk sabar dengan perangai kami... ;) ape2 pun... Peace Fully Fucker Crew..huhuhu..

16 September 2010

Friend are for ever...



Betapa aku rindu saat2 bersama kalian semua...
kini baru aku mengerti rindu pada alam persekolahan..
kini baru aku faham rindu pada saat manis kita semua, gelak ketawa,menagis bersama..
tapi semua itu tak mungkin akan berulang kembali....
yang tinggal hanya kenangan......

Jom Ramai-ramai Bersihkan Hati

15 September 2010

Saat Mata Terbuka Perlahan

Saat mata kubuka perlahan
Syukur aku masih diberi hidup
Ruang untuk bernafas
Di muka bumi-Mu Ya Allah

Lantas kutitipkan wudhu’
Melangkah sujud pada-Nya
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

Kuhadapkan wajah menuju kiblatku
Tangan kutadah menyeru namaMu
Ya Allah Ya 1Ghaffar
Ampunkanlah daku
Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sering lalai dan leka
Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana

Terasa air jernih menitis hiba
Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya
Sesungguhnya
Dia yang Maha 2Rauf
Tiada walau sedetik melupai aku
Dia yang Maha 3Tawwab
Menerima taubat
Sekalian hamba-Nya
Sebelum Israfil meniup sangkakala

Hati ini… jiwa ini…
Masih lagi merintih
Lagaknya seperti bayi jerih bertatih
Resah nuraniku penuh persoalan
Yang aku sendiri tiada jawapan

Ya 4Dzul-Jalali
Apa aku bisa menjadi hamba-Mu
Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah?
Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu
Yang senantiasa hidup dengan sunnah Muhammad Rasulullah?
Dan apakah aku bisa menjadi seorang Mukmin
Yang beramal dengan kitab-Mu seluruh hidupku?

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu
Namun tidak pula sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ya Allah Ya Rabbi
Pancarkanlah nur-Mu ke dalam hidupku
Biarkan 5halawatul iman itu meresapi kalbu
Kirimkanlah taufik dan hidayah-Mu untukku
Agar aku bisa berdiri teguh disirat-Mu

Sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku
Hanya untuk-Mu Ya Allah
Di sini…
Di kiblat ini…
Aku cuba untuk berubah…

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Buat Hati yang Ketandusan Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: namakuyana
Editor: azzahra_solehah


Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.



Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

28 August 2010

Jom BoikoT Barang Israel, Barang Yahudi!!!

Ni aku ambil dari blog org lain...
harap dapat membantu kita semua sebagai umat islam...


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.


Jom boikot ramai-ramai!!
Demi Islam agama kita.....!!

19 August 2010

Wahai Hawa renung-renungkanlah...

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”
Siti Nurul Fathiah,Nur Shuhadah, Nur Syafiqah & Nurul Izzati

Selama ini
Ku mencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


kini baru aku faham erti rindu yang sebenar...
For ever in my heart..
^_^

17 August 2010

Cara- cara nak buat kek batik ^_^

Kek batik simple ( 1 loyang )

* 1 packet milo (packet yg plg kecil)
* 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
* 1 buku buttercup
* 1 cawan gula halus
* 1 biji telur ayam
* serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
* 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

Assalamualaikum dunia...

Tak ada apa yang aku nak coretkan...
apa yang mampu aku katakn buat masa ni...
aku mahu berubah..
aku sedar, aku hanya manusia biasa yang sentiasa alpa,lalai..
selama aku hidup 18 tahun apa yang mampu aku lakuka...
apa yang telah aku lakukan sebagai seorang hamba Allah..
aku harap apa yang aku inginkan ini..
dapat aku lakukan dengan sempurna.....
Amin...

02 June 2010

Gadis itu

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN Dialah puteri indah RUPAWAN Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA Dia selesa bersama CINTANYA Tika gaids lain sibuk bermadah pujangga Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA Gadis itu seperti MAWAR BERDURI... Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN.. mulianya kerana KETAQWAAN... cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA... kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN...

Cintailah Aku

Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui
batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Erti Hikmah

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada dibangku sekolah. Dilihatnya tulisan dibelakang gambar kelasnya tersebut.
Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya….
Allah nak hadiahkan kita pelangi….
masyaAllah….
“Zinnirah,cepat!. Kelas dah nak mula ni”. Teriak sahabatnya Sofea sambil berlari- lari anak untuk mendapatkan Iman yang masih sibuk menyiapkan kerja sekolah di kantin tanpa menyedari waktu rehat sudah pun tamat.
‘Hish!. Macam mana boleh lupa pula kerja sekolah matematik ni. Matilah aku kena leter dengan Cikgu Iman’. Getus hatinya.
Setelah mengemas barang-barangnya Zinnirah berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya Sofea dan terus menuju ke kelas.
“Bangun semua. Assalamualaikum Cikgu Iman”. Jerit ketua kelas di ikuti rakan seperjuangan.
“Wa’alaikumussalam. Jangan duduk lagi”. Permintaan Cikgu Iman membuatkan hati Zinnirah seakan mahu gugur.
“Baiklah, cikgu nak kamu semua keluarkan homework yang cikgu bagi semalam cikgu akan round”. Kali ini Iman merasakan jantungnya sememangnya sudah jatuh dari tempat asalnya. Cikgu Iman sudah sampai ke tempat duduk Zinnirah, dikerlingnya buku Zinnirah yang berada dihujung meja. Tiba- tiba sahaja Cikgu Iman berhenti betul- betul disisinya.
“Zinnirah!”. Cikgu Iman menyebut namanya.
“Ya cikgu”. Kelihatan kawan- kawanya yang berada didalam kelas semua mengambil kesempatan untuk melihat drama pendek yang bakal dia tempuhi.
“Sampah dekat kaki tu kutip”. Terus Cikgu Iman berlalu kemeja yang lain. Seakan tidak percaya kerana dirinya tidak menjadi sasaran. Dilihat buku matematik yang berada dihujung mejanya.
‘Patutlah,cikgu tak tengok bahagian belakang, alhamdulillah’. Hatinya mengucap kesyukuran yang teramat sangat.
Waktu pembelajaran pada hari itu berjalan seperti biasa. Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu oleh segelintir murid yang hatinya sudah berada dirumah atau sudah berada di tempat-tempat permainan. Sesi pembelajaran tamat.
“Tak lama lagi percubaan. Kau dah sedia ke Zinnirah?”. Soal Sofea kepada Zinnirah.
“Ha?. Kau janganlah nak Tanya aku pasal benda ni. Aku belajar macam mana pun kau tetap atas aku”. Jelas Zinnirah. Ada betulnya apa yang diktakan oleh Zinnirah. Sofea boleh dikatakan seorang yang suka tidur kadang kala kerja sekolahnya disiapkan disekolah tetapi Sofea lebih cemerlang darinya. Selalu juga difikirkan apa silapnya,mungkin banyak, namun dia tidak boleh kalah. Mungkin Allah mahu menjadikan dirinya seorang yang lebih berusaha,hanya Allah yang tahu. Sebagai seorang hamba,dia hanya mampu meminta yang terbaik.
Perbualan terhenti disitu, Sofea tidak mahu berkata apa-apa kerana takut menyinggung perassan sahanbatnya itu atau dikatakan bangga dengan dirinya.

Peperiksaan percubaan SPM telah pun berlalu,kini keputusan percubaan SPM sudah diedarkan kepada murid-murid Kelas 5 Kejuruteraan Awam 6 juga
merasa bahangnya.
Kelihatan Zinnirah sedang termenung sambil memikirkan keputusannya yang tidak seberapa. Dikerlingnya kertas peperiksaan percubaan bagi mata pelajaran bahasa inggeris sahabatnya Sofea telah cukup membuatkan hatinya menangis hiba.Dilihatnya pula kertas peperiksaan dirinya sendiri memang jauh beza markahnya
‘Kenapalah aku tak boleh jadi macam sofea?Nak kata aku tak belajar aku belajar. Tapi kenapa susah nak dapat macam dia?’.
Tiba-tiba dia terfikir untuk melihat semua kertas yang telah di edarkan semua guru mata pelajaran.
Zinnirah melihat semua kertas yang telah diberikan oleh semua guru,tiba-tiba dia tersenyum buat pertama kalinya subjek matematik telah lulus walaupun markahnya hanya diatas pagar. Kini Zinnirah telah nekad dalam dirinya walau papa pun terjadi dia akan berusaha dan tidak akan putus untuk berdoa pada yang Maha Mengetahui.

Kini SPM sedang berjalan seperti biasa. Debarannya tidak begitu kuat tetapi apabila mahu menyerahkan kertas pada pengawas yang bertugas barulah dirinya seperti mahu mengambil balik kertas tersebut dan memeriksa semula. Hanya tawakal dan diiringi doa oleh guru serta ibu bapa. Ada juga rakan seperjuangan yang dulu tidak pernah mahu belajar dan datang ke sekolah hanya untuk melengkapkan rutin harian tetapi kini berubah menjadi ulat buku ada juga yang seperti tidak mahu berenggang dengan buku tersebut.

“Abah, along takutlah”. Pendek kenyataan yang diberi Zinnirah kepada Bapanya tetapi cukup mengambarkan apa perasaan berdebarnya untuk mengambil keputusan SPM pada hari itu.
“Apa nak ditakutkan sekarang?. Patutnya takut waktu nak ambil SPM dulu”. Bapa Zinnirah membuatkan dirinya lebih seperti cacing kepanasan.
Sampai disekolah keputusan peperiksaan telah pun lama diumumkan keluar. Lantas Zinnirah mendapatkan sahabatnya Sofea yang sedang kelihatan. Mereka telah berjanji untuk berjumpa disekolah kerana Sofea baru sahaja balik dari Program Latihan Khidmat Negara.
“Assalamualaikum, Sofea macam mana keputusan engkau?”. Terus Zinnirah menyoalkan keputusan yang sedang dipegang oleh Sofea kerana debaranya sudah dirasai.
“Wa’alakumussalam, Alhamdulillah. Aku berjaya dapat 4A. Kau pergilah cepat ambil keputusan boleh kita lepak lama-lama lepas ni”. Terang Sofea dalam keadaan gembira.
Zinnirah bergerak untuk mengambil keputusan. Setelah keputusan berada ditanganya,dia merasa amat terkilan atas usaha dirinya selama ini. Kenapa dirinya masih tidak boleh menandingi Sofea.
“Macam mana Zinnirah?”. Ucap Sofea tiba-tiba.
“Bolehla, dapat 1A je”. Perlahan nada percakapan Zinnirah .
“Tak apalah. Zinnirah matematik kau B lah”. Suara Sofea memecah kesedihan Zinnirah.
“Yalah,alhamdulillah”. Pendek ulasan Zinnirah .
Setelah meluangkan masa bersam Zinnirah duduk termenung dirumah sambil memikirkan nasibnya selepas ini. Kini dirinya hanya layak untuk menyambung peljaran tetapi bukan dalam bidang kejuruteraan awam lagi. Kemungkinan besar dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Memang jauh dari cita-cita asalnya tetapi apa yang boleh dibuatnya. Hanya itu yang layak bagi dirinya.

Selepas bertahun-tahun berlalu akhirnya Zinnirah berjaya didalam bidang perakaunan. Kini dirinya telah bergelar pendidik. Dulu dia sering jatuh kini giliranya pula untuk membantu sesiapa yang rasa kehilangan walhal mereka masih belum temui sinar hikmah yang sebenar. Terlalu besar hikmahnya sehingga kita akan bersyukur dengan apa yang berlaku dahulu.
Tiba-tiba lamunan Zinnirah terhenti apabila salah seorang muridnya datang untuk berjumpa denganya.
“Cikgu Zinnirah, ada apa nak jumpa saya?”. Tanya pelajar tersebut.
Lantas zinnirah menyimpan gambar tersebut dan memeandang tepat kewajah pelajarnya.
“Cikgu nak ucapkan tahniah kepada kamu”. Terang Zinnirah .
“Tapi saya punya matematik tak berapa ok?”. Soal pelajar itu kembali.
“Tapi kamu dah berjaya untuk meluluskan diri kamu. Percayalah kata cikgu,teruskan usaha dan jangan sesekali mengeluh. Allah Maha Mengetahui segalanya”. Tersenyum pelajar tersebut antara faham dan tidak faham.
Setelah selesai pelajar tersebut meninggalkan meja guru yang bernama Nur Zinnirah dengan ucapan terima kasih kerana menyokong dirinya dan keluar dari bilik guru dengan impian untuk berjaya.
Dari jauh Zinnirah tersenyum dan berharap anak didiknya akan faham suatu hari nanti.
‘Suatu hari kamu akan faham wahai anak didik ku’.