Posts

Showing posts from June, 2010

Gadis itu

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN Dialah puteri indah RUPAWAN Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA Dia selesa bersama CINTANYA Tika gaids lain sibuk bermadah pujangga Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA Gadis itu seperti MAWAR BERDURI... Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN.. mulianya kerana KETAQWAAN... cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA... kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN...

Cintailah Aku

Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Erti Hikmah

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada dibangku sekolah. Dilihatnya tulisan dibelakang gambar kelasnya tersebut. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, Kita menangis dan tertanya-tanya, Kemana hilangnya sinar, Rupa-rupanya…. Allah nak hadiahkan kita pelangi…. masyaAllah…. “Zinnirah,cepat!. Kelas dah nak mula ni”. Teriak sahabatnya Sofea sambil berlari- lari anak untuk mendapatkan Iman yang masih sibuk menyiapkan kerja sekolah di kantin tanpa menyedari waktu rehat sudah pun tamat. ‘Hish!. Macam mana boleh lupa pula kerja sekolah matematik ni. Matilah aku kena leter dengan Cikgu Iman’. Getus hatinya. Setelah mengemas barang-barangnya Zinnirah berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya Sofea dan terus menuju ke kelas. “Bangun semua. Assalamualaikum Cikgu Iman”. Jerit ketua kelas di ikuti rakan seperjuangan. “Wa’alaikumussalam. Jangan duduk lagi”. Permintaan Cikgu Iman membuatkan hati Zinnirah seakan mahu gugur. “Baiklah, cik