3
Komen

1st Contest by Akma , Wany & Mira


http://blurrywanyy.blogspot.com/2012/04/1st-contest-by-akma-wany-mira.html
Klik Banner ini untuk join :)

Id Blog : Iman
         Id Fb    :   Ana Iman
2
Komen

Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih Ayah sehingga ke akhirnya

Umi : Along satu hari nanti umi nak along jadi orang yang berguna pada
          agama,keluarga,bangsa, Jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik.
Abah :Along kena yakin yang along boleh buat. jadi orang yang berguna.
            Buat yang terbaik, usaha, tawakal, mengaji juga jangan lupa.

Pernah tidak kita diucapakan begitu. Tipulah jika tidak pernah. Setiap ibu bapa yang melahirkan kita menginginkan yang terbaik untu kita. Kita tidak cukup peralatan, mereka cukupkan. Kita teringin nak makan, mereka masakkan. Kita susah hati mereka tolong tenangkan. Kita sakit mereka juga turut merasa sakit. Serba serbi lengkap tentang mereka. Tetapi soalanya sekrang kenapa kita sering menjadikan mereka seperti seseorang yang tidak pernah melakukan apa- apa pada kita?. Kita menyakitkan hati mereka. Kita marah, benci, serta cuba untuk mencari kebahagian sendiri dengan melarikan diri dari rumah. Seteruk mana pun kita, sejahat mana pun kita mereka masih menerima kita seadanya. Melahirkan kita juga satu pengorbanan wahai teman- teman.


Wahai teman semua, lihat ibu bapa kita. Berpenat lelah membesarkan kita, menjaga makan minum serta pakai kita tanpa ada sedikit keluhan. Kenapa kita tidak begitu pada mereka.

Teman, seorang ibu yang melahirkan anaknya ketika itu pelbagai yang beliau ingin berikan, hadiahkan kepada kita. Serta sudah mengimpikan yang terbaik untuk kita, sebab itu tanpa rasa penat beliau masih lagi mahu membesarkan kita walupun dalam kekurangan mereka akan cukupkan. Kita sakit, kerisauannya amat sangat sehingga mereka berharap kita sembuh dengan cepat. Memaksa kita untuk mkan ubat. Itulah ibu. Ibu yang sentiasa nak yang terbaik untuk kita. Walaupun mereka marah tetapi sejujurnya untuk kebaikkan kita tetapi kita melenting mengatakan mereka tidak faham. Siapa kita untuk berkata begitu. Lupakah kita beliau yang melahirkan kita. Nyawanya diketika itu hanya 50/50 sahaja tapi lahirnya kita disambut dengan gembiran dan amat bersyukur kenapa tidak marahkan kita ketika itu kerana menyusahkan mereka. Sebab kelahiran kita amat di nanti- nantikan kawan-kawan. Bolehkah kita menjadi sekuat ibu kita?.
Seorang ayah pula dengan tenang sentiasa sabar dan tabah denagn apa jua yang dihadapi. Seperti bersedia dengan segala yang berlaku. Tetapi di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia berharap agar anaknya berjaya dan memilih jalan yang betul. Kita sakit ayah marah sebab kita tidak mahu makan ubat. Jujurnya ayah amat risaukan keadaan kita di saat itu. Tapi kita tidak faham,kenapa kawan-kawan. Kawan- kawan tanggung - jawab seorang bapa amatlah berat. Seperti yang kita tahu dosa anak perempuan serta si isteri ditanggung sekali gus. Jika difikirkan siapa yang sanggup tapi kenapa Ayah sanggup mengharungi. Teman, bolehkah kita menjadi setabah bapa kita. Penat bagaimanapun sanggup pergi kerja untuk mencari duit bukan untuk keperluan beliau tapi untuk keperluan kita. Jauhnya kita dari peringatan itu sehingga kita sanggup mengabaikan perasaan mereka.

"Teman, belum terlambat untuk kita untuk meghargai orang tua kita, doakanlah mereka, lakukan kebaikan untuk mereka... ingatlah, Redha Allah terletak pada redha ibu bapa juga... Bila marah, renunglah wajah mereka, lihat wajah mereka yang sentiasa inginkan terbaik untuk kita semua. Lillahita'ala..."


Umi,abah.. Tabahmu, kuatmu dan dirimu tiada siapa yang mampu menggntikanya. Jika hadirku membebankanmu, ampuni aku wahai umi dan abahku. Sayangku pada diri mu tidak mampu diucapkan dengan kata- kata. Kepercayanmu tak kan ku sia- sia kan. Sakitmu biar aku merasakan sama supaya aku sebagai anakmu tidak lupa siapa diriku sebenar yang selama ini umi dan abah yang menjaga, mendidik dan menghiaskan hidupku. Dalam garangmu sebenarnya menyerlahkan lagi lembut. Sayang umi dan abah dunia dan akhirat Lillahi ta'ala....
3
Komen

Selagi belum terlambat





Dalam sedar tidak sedar, 
Hidup kita masih lagi bergelumang dengan dosa,
Sama ada yang kita sengaja atau tidak disengajakan.
Pernah juga kita merasa terlalu banyak dosa,
Kadang- kala kita merasa untuk kembali ke pangkal jalan,
Kadang kala juga kita lupa dengan janji- janji yang kita kotakan kepada Allah S.W.T..
Ya, memang Allah maha pengampun lagi Maha penyayang,
Tetapi kenapa kita sering alpa,
Kita melakukan dosa tanpa segan dan silu,
Tanpa kita sedar yang kita hanya menompang di buminya.
Kita meminjam segalanya,
Sesungguhnya kita hanyalah hambaNYA...
Tidak kah kita merasa  segan dengan Yang Menciptakan kita,
Sebanyak mana pun kita melakukan dosa,
Allah masih lagi memberi kita peluang untuk terus hidup,
Meminta keampuanan daripadanya,
Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba- hambanya,
Seteruk dan seluas mana pun dosa yang kita buat,
Allah masih lagi mengampunkan dosa kita..
Tetapi jangan sampai mata terpejam,
Baru kita ingin meminyta keampunanya,
Sesungguhnya Allah telah memberi banyak peluang kepada kita,
Masih belum terlambat nbagai kita yang masih bernafas ini.

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku ini. Yang tidak terkira banyaknya Ya Allah. Terilah taubatku, perkenankan doaku Ya allah. Hanya padamu aku meminta Ya Allah, sesungguhya akulah hambaMu yang hina Ya Allah...."