Posts

Showing posts from August, 2020

SAKSI DISEBALIK LENSA

Image
Assalamualaikum Malaysia!  Macam mana kehidupan seharian dengan norma baru. Berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh pemimpin- pemimpin kita tak? Atau kita semakin selesa dengan cara hidup bebas seperti dulu? Jangan mudah lupa ya kawan- kawan, macam mana lelahnya para barisan hadapan kita berjuang untuk melawan makhluk Tuhan yang sekecil- kecil kuman tu. Jika lepas berperang pun kita perlu kukuhkan balik negara kita supaya tidak dijajah sekali lagi, inikan pula dengan penyakit yang masih tiada penawarnya itu.  KITA JAGA KITA!  Ingat  tagline  ni selalu. Hari ni aku tidak mahu membahas tentang kehidupan norma baru tapi aku ingin ceritakan pada semua tentang seseorang yang jarang kita sebutkan nama dan khidmatnya pada semua. Sedangkan dialah yang berada disebalik semua perkara yang kita lihat. Haaa! Boleh agak tak siapa? Orang yang aku maksudkan di sini adalah seorang jurukamera. Tapi k enapa  JURUKAMERA? Kerana sebagai pelajar penyiaran aku tahu kerja mereka bukan mud