Posts

Showing posts from June, 2012

Warkah Dari Anakmu....

Image
A ssalamualaikum ummi dan abah. Hari ini genaplah usia along 20 tahun. Terlampau banyak yang telah along pelajari selama hidup ini. Juga terlampau banyak kesilapan yang telah along lakukan. Dari along kecil hingga dewasa tiada apa yang mampu along beri sebagai sesuatu yang ummi dan abah boleh banggakan kerana membesarkan along. Along amat bersyukur kerana Allah telah memilih ummi dan abah untuk menjadi ibu bapa along di dunia ini dan biarlah kekal hingga ke akhirat.            Kini   along sudah dewasa ummi, abah. Semakin along perlu lalui jalan hidup sendirian, semakin jauh untuk along sentiasa bergantung kepada ummi dan abah. Tetapi naluri along adalah untuk bermanja seperti dulu, di kawal ketat kerana along belum yakin untuk bertatih sendirian dalam dunia yang penuh cabaran ini. Along bukanlah setabah abah, along juga bukan secekal ummi.               Namun lumrah kehidupan tetap haru