20 October 2015

Kenali nafsu kita di peringkat mana


Sering kali terbaca di mana- mana laman sesawang tentang kisah si polan yang sudah bertaubat namun kembali melakukan dosa yang lama kembali, namun pasti ada jawapan  dari mana- mana pihak mengatakan “Tidak mengapa, Allah itu Maha Pengampun.” Alhamdulillah betul lah apa yang dikatakan itu tetapi  mari kita fikirkan semula mengapa kita masih tidak boleh lari dari melakukan dosa lama setelah kita kembali bertaubat?. 

Tidak mengenal maksud sebenar nafsu.
Nafsu ialah keinginan manusia yang tersirat dalam akalnya. 
Nafsu juga terbahagi kepada beberapa tingkat antaranya nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah, dan nafsu kamilah. 



>Nafsu amarah ialah nafsu yang paling bawah ia adalah nafsu jahat yang mengajak manusia melakukan kejahatan. 

>Nafsu Lawammah pula nafsu yang 50-50 masih melakukan dosa walau sudah bertaubat. 

>nafsu mulhimah pula orang yang bersungguh sungguh dan tidak henti- henti  bermujahiddah, 

>Nafsu mutmainnah pula adalah martabat nafsu yang diredhai Allah, 

>Nafsu radhiah ini jika ingin di capai perlu memakrifatkan diri kepada Allah dengan gigih dan bersungguh- sungguh.

>Nafsu mardhiah, orang yang bernafsu ini akan lebih tenang dan tenteram.

>Nafsu kamilah pula ialah nafsu yang paling baik dan tinggi tempatnya. 
Peringkat Nafsu
 

-Mengapa masih melakukan dosa selepas diri telah bertaubat?
 Apabila seseorang itu baik dalam ibadahnya namun pada masa yang sama dia lupa dan kembali  melakukan dosa lama kembali, kemudian dia akan menyesali perbuatan tersebut lalu mula kembali  bertaubat kepada Allah. Semua ini terjadi kerana nafsu lawammah yang masih kekal dalam diri  sendiri. Nafsu lawammah adalah nafsu kedua di peringkat nafsu. 

 Manusia yang bernafsu lawammah ini apabila dia melakukan perkara yang baik dia akan merasa riak  dan merasakan dirinya betul dalam perjuangan. Di peringkat nafsu ini, syurga ibarat jauh panggan  dari api Memang betul kita sudah berubah, tidak seperti dulu, tidak juga melakukan kesilapan namun  kenapa nafsu tidak di perangi dengan betul.


-Perangi nafsu mengikut peringkat
 Dalam memerangi nafsu kita perlu benteng yang kuat antaranya menguatkan iman, belajar ilmu  fardhu ain, sentiasa merendah diri dan seantero denganya. Bukan hanya kita bertaubat dan apabila  terlanjur melakukan kembali dosa lama, kita merasa sedih dan takut hanya sementara. Sentiasa  menyesali perbuatan lalu. Cuba mengawal nafsu mengikut peringkat. Cuba kenal terlebih dahulu di  peringkat mana nafsu kita berada.


-Istiqamah dalam beribadah dan bertaubat
 Melakukan yang ibadah sunat , solat juga biar di awal waktu. insyaAllah dengan izinya, kita akan  mula berubah lebih baik. Istikamahlah dalam bertaubat.Jangankan kerana nafsu kita kalah. Bersedi  dalam setiap peperangan dengan nafsu. Kadang kala dalam perkara yang kecil juga menyebabkan  kita tidak mampu melawan nafsu. Antara tidak menghormati ibu bapa, tidak solat di awal waktu,  mengumpat.
 
 Ibaratkan seperti seorang manusia yang bertubuh gempal ingin kurus namun apa yang di lakukan  hanya mengatakan pada diri yang dia ingin kurus tanpa sebarang usha yang keras, bolehkan dia  kurus dengan hanya mengatakan kepada diri? Semestinya tidak boleh bukan. Dia harus bangun  melakukan usha yang gigih, insyaAllah pasti ada ushanya. Kuatkan semangat, tingkatkan iman. 


-Tiada istilah terlambat
 Dalam proses berubah, kita perlu melihat kepada perkara dosa kecil yang sudah menjadi tabiat kita.  Mulai saat ini marilah kita halang nafsu kita dari melakukan perkara yang tidak baik. Senaraikan dan  mulakan perubahan. Tiada istilah terlambat dan sentiasa beringatlah yang Allah itu Maha  Pengampun, lagi Maha Penyayang. 

-Terima kasih sudi mebaca, jika ada kesilapan, tegur ye :) -

26 September 2015

Minggu Final Exam !

Apa khabar sahabat semua. Sihat belaka ?
Alhamdulillah aku sihat saja. 
Walau pun musim jerebu melanda dengan sangat teruk.
Rasanya aku tak dapat nak berceloteh panjang. Actually i have so many story to tell..
Its okey, lepas aku exam aku story le. 

Exam? 
aku sambung belajar dah. Its a long story.
Apa pun doakan aku ya. Semoga di permudahkan. 
7 subject dalam dua minggu.
Wish me luck !! 
See you again.. Wallahualam.. 
InsyaAllah,,
 

21 June 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Salam ramdhan semua.
Alhamdulillah di beri peluang untuk menjalankan ibadah puasa
Pejam celik dah masuk lima hari puasa kan.
Cepat sungguh masa berlalu. Apa pun kumpul lah pahala sebanyaknya.
Yang selalu solat lambat tu, cuba kita awalkan solat kita.
Kepada yang kurang kusyuk tu cuba khusyuk dalam solat.
Yang selalu kurang berzikir tu cuba selalu untuk sentiasa berzikir.

Lebihkan amalan kita di bulan puasa ni,
then habis puasa ckita cuba pula maintain kan apa yang kita buat di bulan puasa.
InsyaAllah, moga Allah sentiasa mudahkan perjalanan kita.

Bila hati kita cuba untuk berubah kepaada sesuatu yang baru,
cuba kita pilih jalan yang Allah redha.
Kadang- kadang hidayah tu sampai tepat waktunya,
cuma kita je yang sering alpa. 

Jadi untuk bulan puasa ni, marilah kita sama- sama berubah dan mencari keredhaan Allah.


Selamat Meyambut Ramadhan !! 


10 June 2015

Wahai teman ku sekaliannn... :)

sihat dak semua kawan- kawan saya kat luar sana.
Selsema sedang melanda diri ini.. sob.. sob srettt.. haha
Tapi rajin pula mood nak berblog, sejak- sejak tukar baju blog ni.
Excited pula rasanya.
Okey nak kongsi sikit ni.
After aku kerja kat sasbadi beberapa hari bulan empat hari tu
(yang aku meroyan tak tentu pasal haritu) homesick la katanya :p
Aku telah di panggil kerja di area rumah... Alhamdulillah....
Now dah hampir 2 bulan lebih juga la kerja sana.
Walaupun macam- macam aku lalui,
dari eksident jatuh motor hari tu.
Motor je lah teruk, aku okey je, ish3!
sampailah aku nak berhenti kerja dah lagi berapa minggu ni.
Aku nak sambung belajar. 
Tak sabar?
Actually gementar adalah.
Aku ambil kos lain kot.
Bukan akaun daaa...
Kat mana? 
Adalahhh.. haha.
Nanti aku kongsi di mana ya.
InsyaAllah panjang umur.
Aku akan berblog lagi.
Maaf kalau lagu blog ni tak berapa nak sedap.
Tak tahu nak letak lagu apa.
Nanti akan di fikirkan.
Okey lah, sayang korang semua.
Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki korang semua. Walau siapa pun kamu.
Aminnn.. :)

08 June 2015

Blog In Construction

Finally... but this blog still in progress. 
So, do visit after all the construction is done. 
Thank you. :)

01 April 2015

Thing will get better, just hold on a little tighter.

Walau rasa mengantuk, aku gagahkan juga untuk mengupdate blog.
Firstly, tq kak Anim Suju. ^_^
Beri saya kata semangat, insyaAllah. Saya akan cuba tabahkan diri dan berfikir secara positif.


Tadi time kerja kol abah, kol umi.
Rasa nak menitik dah air mata tadi, tapi cover.
Malu la aku nak nangis tiba-tiba.
Tadi tak banyak kerja pun.
Sebab aku baru start kan. Jadi untuk beri kepercayaan tu memang lah susah.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Cuma sakit gila badan sebab asyik duduk je.
Tadi balik kerja. lepas selesai apa yang patut.
Aku tidur terus. terjaga dalam pkul 11 cmtu then tak tidur sampai sekarang.
 
Berjayakah aku menempuh bulan 4 ni?
Mestilah! 
Aku kena kuat semangat!
Sebelum bulan 6 ni.
Aku akan cuba apply kerja kat mana- mana area rumah aku.
Mana tahu, ade rezeki.
Boleh lah aku berhenti kerja kat sini.

Wallahualam.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah InsyaAllah. aminnn.
Assalamualaikum.

31 March 2015

Homesick ~~ !!

Mata aku tak boleh lelap..
Entah apa yang aku fikir..
Esok aku dah start kerja.
Sekarang ni, kat rumah mak teh.
Baru tadi umi abah hantar.
Guess what? I want back home :'(
I dont know why, but aku macam tak boleh nak berpisah langsung dengan rumah actually with my family.
Mula rindu la.
Badan mula rasa nak demam.
Kepala mula rasa pening.
Mengada kan?
Bau cap kapak dah bilik ni.
Hingus tiba- tiba meleleh..
Aku rasa aku memang kena balik. 
Tolong lah Time Era call aku cepat.
Boleh lah ada alasan untuk aku berhenti dan kerja kat rumah.
Hope sangat aku lepas interview dan tercalon dalam short list diorang..
Aku dah besar tapi perangai..
Arghh! Kisah pulak aku.
I'm still have mom and dad.
That why lah aku nak duduk bawah ketiak diorang selalu.
Aku rindu adik-adik aku.
Walau baru tadi jumpa.
Aku Rindu!
Homesick! arghh.. T_T

Fall ?

Entah apa lah yang akan aku lalui lepas ni.
Mungkin akan jadi sesuatu yang sangat- sangat worse.
Aku di beritahu oleh mak teh.
Ade kerja kosong kat tempat kerja beliau. Cuma, aku takut yang semua akan jadi susah.
I can imagine what will happen tomorrow.
Stay tuned.