Erti Hikmah
Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada dibangku sekolah. Dilihatnya tulisan dibelakang gambar kelasnya tersebut.
Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya….
Allah nak hadiahkan kita pelangi….
masyaAllah….
“Zinnirah,cepat!. Kelas dah nak mula ni”. Teriak sahabatnya Sofea sambil berlari- lari anak untuk mendapatkan Iman yang masih sibuk menyiapkan kerja sekolah di kantin tanpa menyedari waktu rehat sudah pun tamat.
‘Hish!. Macam mana boleh lupa pula kerja sekolah matematik ni. Matilah aku kena leter dengan Cikgu Iman’. Getus hatinya.
Setelah mengemas barang-barangnya Zinnirah berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya Sofea dan terus menuju ke kelas.
“Bangun semua. Assalamualaikum Cikgu Iman”. Jerit ketua kelas di ikuti rakan seperjuangan.
“Wa’alaikumussalam. Jangan duduk lagi”. Permintaan Cikgu Iman membuatkan hati Zinnirah seakan mahu gugur.
“Baiklah, cikgu nak kamu semua keluarkan homework yang cikgu bagi semalam cikgu akan round”. Kali ini Iman merasakan jantungnya sememangnya sudah jatuh dari tempat asalnya. Cikgu Iman sudah sampai ke tempat duduk Zinnirah, dikerlingnya buku Zinnirah yang berada dihujung meja. Tiba- tiba sahaja Cikgu Iman berhenti betul- betul disisinya.
“Zinnirah!”. Cikgu Iman menyebut namanya.
“Ya cikgu”. Kelihatan kawan- kawanya yang berada didalam kelas semua mengambil kesempatan untuk melihat drama pendek yang bakal dia tempuhi.
“Sampah dekat kaki tu kutip”. Terus Cikgu Iman berlalu kemeja yang lain. Seakan tidak percaya kerana dirinya tidak menjadi sasaran. Dilihat buku matematik yang berada dihujung mejanya.
‘Patutlah,cikgu tak tengok bahagian belakang, alhamdulillah’. Hatinya mengucap kesyukuran yang teramat sangat.
Waktu pembelajaran pada hari itu berjalan seperti biasa. Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu oleh segelintir murid yang hatinya sudah berada dirumah atau sudah berada di tempat-tempat permainan. Sesi pembelajaran tamat.
“Tak lama lagi percubaan. Kau dah sedia ke Zinnirah?”. Soal Sofea kepada Zinnirah.
“Ha?. Kau janganlah nak Tanya aku pasal benda ni. Aku belajar macam mana pun kau tetap atas aku”. Jelas Zinnirah. Ada betulnya apa yang diktakan oleh Zinnirah. Sofea boleh dikatakan seorang yang suka tidur kadang kala kerja sekolahnya disiapkan disekolah tetapi Sofea lebih cemerlang darinya. Selalu juga difikirkan apa silapnya,mungkin banyak, namun dia tidak boleh kalah. Mungkin Allah mahu menjadikan dirinya seorang yang lebih berusaha,hanya Allah yang tahu. Sebagai seorang hamba,dia hanya mampu meminta yang terbaik.
Perbualan terhenti disitu, Sofea tidak mahu berkata apa-apa kerana takut menyinggung perassan sahanbatnya itu atau dikatakan bangga dengan dirinya.
Peperiksaan percubaan SPM telah pun berlalu,kini keputusan percubaan SPM sudah diedarkan kepada murid-murid Kelas 5 Kejuruteraan Awam 6 juga
merasa bahangnya.
Kelihatan Zinnirah sedang termenung sambil memikirkan keputusannya yang tidak seberapa. Dikerlingnya kertas peperiksaan percubaan bagi mata pelajaran bahasa inggeris sahabatnya Sofea telah cukup membuatkan hatinya menangis hiba.Dilihatnya pula kertas peperiksaan dirinya sendiri memang jauh beza markahnya
‘Kenapalah aku tak boleh jadi macam sofea?Nak kata aku tak belajar aku belajar. Tapi kenapa susah nak dapat macam dia?’.
Tiba-tiba dia terfikir untuk melihat semua kertas yang telah di edarkan semua guru mata pelajaran.
Zinnirah melihat semua kertas yang telah diberikan oleh semua guru,tiba-tiba dia tersenyum buat pertama kalinya subjek matematik telah lulus walaupun markahnya hanya diatas pagar. Kini Zinnirah telah nekad dalam dirinya walau papa pun terjadi dia akan berusaha dan tidak akan putus untuk berdoa pada yang Maha Mengetahui.
Kini SPM sedang berjalan seperti biasa. Debarannya tidak begitu kuat tetapi apabila mahu menyerahkan kertas pada pengawas yang bertugas barulah dirinya seperti mahu mengambil balik kertas tersebut dan memeriksa semula. Hanya tawakal dan diiringi doa oleh guru serta ibu bapa. Ada juga rakan seperjuangan yang dulu tidak pernah mahu belajar dan datang ke sekolah hanya untuk melengkapkan rutin harian tetapi kini berubah menjadi ulat buku ada juga yang seperti tidak mahu berenggang dengan buku tersebut.
“Abah, along takutlah”. Pendek kenyataan yang diberi Zinnirah kepada Bapanya tetapi cukup mengambarkan apa perasaan berdebarnya untuk mengambil keputusan SPM pada hari itu.
“Apa nak ditakutkan sekarang?. Patutnya takut waktu nak ambil SPM dulu”. Bapa Zinnirah membuatkan dirinya lebih seperti cacing kepanasan.
Sampai disekolah keputusan peperiksaan telah pun lama diumumkan keluar. Lantas Zinnirah mendapatkan sahabatnya Sofea yang sedang kelihatan. Mereka telah berjanji untuk berjumpa disekolah kerana Sofea baru sahaja balik dari Program Latihan Khidmat Negara.
“Assalamualaikum, Sofea macam mana keputusan engkau?”. Terus Zinnirah menyoalkan keputusan yang sedang dipegang oleh Sofea kerana debaranya sudah dirasai.
“Wa’alakumussalam, Alhamdulillah. Aku berjaya dapat 4A. Kau pergilah cepat ambil keputusan boleh kita lepak lama-lama lepas ni”. Terang Sofea dalam keadaan gembira.
Zinnirah bergerak untuk mengambil keputusan. Setelah keputusan berada ditanganya,dia merasa amat terkilan atas usaha dirinya selama ini. Kenapa dirinya masih tidak boleh menandingi Sofea.
“Macam mana Zinnirah?”. Ucap Sofea tiba-tiba.
“Bolehla, dapat 1A je”. Perlahan nada percakapan Zinnirah .
“Tak apalah. Zinnirah matematik kau B lah”. Suara Sofea memecah kesedihan Zinnirah.
“Yalah,alhamdulillah”. Pendek ulasan Zinnirah .
Setelah meluangkan masa bersam Zinnirah duduk termenung dirumah sambil memikirkan nasibnya selepas ini. Kini dirinya hanya layak untuk menyambung peljaran tetapi bukan dalam bidang kejuruteraan awam lagi. Kemungkinan besar dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Memang jauh dari cita-cita asalnya tetapi apa yang boleh dibuatnya. Hanya itu yang layak bagi dirinya.
Selepas bertahun-tahun berlalu akhirnya Zinnirah berjaya didalam bidang perakaunan. Kini dirinya telah bergelar pendidik. Dulu dia sering jatuh kini giliranya pula untuk membantu sesiapa yang rasa kehilangan walhal mereka masih belum temui sinar hikmah yang sebenar. Terlalu besar hikmahnya sehingga kita akan bersyukur dengan apa yang berlaku dahulu.
Tiba-tiba lamunan Zinnirah terhenti apabila salah seorang muridnya datang untuk berjumpa denganya.
“Cikgu Zinnirah, ada apa nak jumpa saya?”. Tanya pelajar tersebut.
Lantas zinnirah menyimpan gambar tersebut dan memeandang tepat kewajah pelajarnya.
“Cikgu nak ucapkan tahniah kepada kamu”. Terang Zinnirah .
“Tapi saya punya matematik tak berapa ok?”. Soal pelajar itu kembali.
“Tapi kamu dah berjaya untuk meluluskan diri kamu. Percayalah kata cikgu,teruskan usaha dan jangan sesekali mengeluh. Allah Maha Mengetahui segalanya”. Tersenyum pelajar tersebut antara faham dan tidak faham.
Setelah selesai pelajar tersebut meninggalkan meja guru yang bernama Nur Zinnirah dengan ucapan terima kasih kerana menyokong dirinya dan keluar dari bilik guru dengan impian untuk berjaya.
Dari jauh Zinnirah tersenyum dan berharap anak didiknya akan faham suatu hari nanti.
‘Suatu hari kamu akan faham wahai anak didik ku’.

Comments