Diet Jom!

Assalamualaikum semua :D

Alhamdulillah masih lagi bernafas untu hari yang sangat indah ini.
Syukur kepada Allah kerana memberi kami kesihatan tubuh badan untuk kami terus beribadah pada Mu Ya Allah.


Baiklah hari ini adalah hari first untu aku dan sahabat ku Nurul Atiqah berdiet.
Semalam kami pergi timbang berat badan, sebelum balik Perlis aku timbang berat aku 84 kg dan semalam aku pergi timbang turun lah beberapa kg. Iaitu 77.5kg..
Mungkin sebab faktor makan yang tak menentu dan abah masih belum hantar motor kat Perlis ni jadi aku kadang- kadang berjalan kaki je, dari rumah sewa ke UiTM. T__T (berpeluh satu badan)

Jadi aku dan member ingin menurunkan lagi berat supaya kami sihat dan boleh menjalankan ibadah dengan baik. InsyaAllah..

Untuk seminggu ni kami target seperti di bawah :-

Aku - Dari 77.5kg - 70kg
Nurul- Dari 86kg - 80kg  

Beza kami agak jauh sebab aku kalau nak di bandingkan dengan Nurul aku agak pendek. 
 Tinggi aku 155 cm lebih kurang macam tu lah, Nurul pulak 166 rasanya.
(Aku memang dah terbantut T__T)

Jadi untu diet yang start hari ini, aku mengamalkan diet atkins. 
Diet ni aku tak perlu makan apa- apa supliment cuma aku kene kurangkan kabohidrat.
Aku jumpa diet ni dekat google time aku cari cara untuk turunkan berat badan.
Tapi tak adalah follow 100% sebab takut badan jadi lemah.

- Air hanya air masak
- Makanan kami makan sup ayam, atau sup sayaur
- Nasi kami krangkan kepada kuantiti yang sedikit
- Say No to air batu
- Untuk seminggu mungkin kami tak sentuh biskut dan roti (try dulu, kalau dah lapar makan sikit pun tak apa   
   kut :D)

InsyaAllah kami try dulu na, aku akan update lagi minggu depan. Capai tak target kami. Wallahualam.
Assalamualaikum......


Comments

close said…
gudluck! inshaAllah..utk kurus kene ade kesedaran diri ok! :D
cik jari manis said…
hehe...semoga berjaya! awak pasti boleh! chaiiyok! chaiyook, chaiyook! :)

Popular posts from this blog

Ada Apa Dengan Cinta ?

SAKSI DISEBALIK LENSA