SHUHADAH DAN AKAUN

Kerja semua settle, tinggal tunggu masa nak pi rehat je ni.
Kerana saya budak baru belajar, jadinya kerja masih tidak banyak lagi.
Nanti dah busy tahu lah kau. Padan muka! 
So.. sekarang Im working in government sector. 
Even jauh naa dari bidang aku.
I dont know why lah.. semakin aku lari dari bidang atau perkara aku tak suka, semakin depa ni mengejar aku.

Aku kan kalau boleh tak nak dah ada pertalian darah dengan akaun ni..
Sekali ambil kau. 
Ditempatkan bawah Seksyen Kewangan,
Unit Perolehan pula tu.
Tapi tulah orang kata, rezeki ni mai dalam bentuk yang tak akan kau sangka.
Rezeki, Jodoh, Ajal, Pertemuan tu semua rahsia Allah.
Tak siapa boleh duga, betul tak?

Dalam banyak- banyak kerja aku apply, ni je yang sangkut.
Aku apply jadi pegawai, manager, editor buku, editor video, banyak laaa..
Sampai aku dah ambil keputusan nak jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, tapi gaji dibayar setiap bulan lah. Ikut qualification aku juga.
kahkahkahakahakahakah
Boleh ke gitu?

Aku pernah terfikir nak belajar menjahit, nanti senang kan.
Kalau tak dapat kerja, aku jadi tukang jahit je. 
Kau tengok betapa aku desperate gila nak kerja.
Aku mula mempersoalkan bidang yang aku pilih zaman degree dulu.
Hmm...

Dulu ummi aku suruh jadi cikgu, aku tak nak.
Ummi suruh apply nurse pun aku degil tak nak.
Kalau tak aku dapat kerja dah kan..
Cer bayangkan, entah-entah aku dah kahwin wei.

Yelah, dak stabil kan. Ada duit dah, jodoh mesti mai awal.
hahahaha yakin je kamu

Tapi tulah, bak aku kata kat atas.
Rezeki ni rahsia akan datang dalam apa jua bentuk yang kau tak sangka.

Comments

Popular posts from this blog

Selagi belum terlambat

Ada Apa Dengan Cinta ?