Posts

Showing posts from 2010

Faham dan sedar

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." ( Surah Al-Baqarah; 286 )

Berprasangka baik

Assalamualaikum..... Hari ni,aku nak berkongsi macam-macam... oklah....hari ni aku nak bercerita tentang bersangka baik..... Apa yang aku faham tentang ini, kebanyakkan manusia susah untuk bersangka baik termasuklah diri saya (~_~).. Kadang- kadang sampai kita tak sedar kehidupan kitadipenuhi dengan prasangka buruk... sehingga kadang-kadang menyebabkan macam andaian yang negatif.. dulu saya selalu berfikir yang negatif sahaja..kerana saya beranggapan kita tak akan berasa sedih jika kita mendapat tahu memang perkara buruk yang berlaku.. sedangkan saya tidak sedar,yang saya perlu mempercayai apa sahaja ketentuan Allah.. tentu ada baiknya.. Allah tidak aka menciptakan sesuatu yang sia-sia. Sungguh jauh diri ini dari Allah bila kita mengetahui bahawa begitu rendah ilmu saya... Dan ingatlah kawan-kawan bila kita berperasangka buruk akan munculah segala syak wasangka serta akn timbul umpatan serta fitnah..... Ya Allah.....sungguh dasyat yang terjadi.. Apabila kita berprasangka buruk sebenar...
Assalamualaikum...... aku tak tahu macam mana aku nak luahkan....aku sedar,aku hanya manusia biasa yang sentiasa tidak lari dari angan-angan... aku sebenarnya masih dalam awan yang bergerak dan tidak tahu arah tujuan yang pasti... aku sendiri tak faham apa maksud semua ni.. aku mengharap perkara yang kurang pasti.... entahla..entah mana titik noktahnya... hmm.. mungkin aku perlu hentikan semua ini..tapi aku tak mampu.. pari-pari bantulah aku... bawalah aku ke alam nyata,tanpa membawa kenangan disana... pari-pari adakah kau pun pernah meraskan ini hingga kau pun tak mampu nak membantu ku??? hahahahahahahahahaha....!!!! mengarut...!! Ya Allah.... bantulah hamba mu ini.......... sesungguhnya hamba mu ini menharapkan pertolonganmu Ya Allah ....

Kenangan di Asrama....

Assalamualaikum pengalaman ana duduk asrama...hmm seronok sgt2!! wktu nk habis sekolah tu.. rs mcm x nk tinggalkan asrma langsung... lg2 mmber2 yg giler2 prangainye... org duduk asrama ni lbh pnglman dri org duduk rumah.. tp yg best duduk asrama.. disiplin terjaga lpstu klu dah buat salah satu dorm kena.. time puasa nak dekat raya,baling mercun... tp tak kena tangkap lah,kena pandai cover.. satu dorm cover mengcover time tu.. tapi jgn tirulah apa yg ana buat.. cuti hujung minggu pula telefon 'mcd' but delivery.. duduk kat asrama byk mkn...time mcd dgn brg2 yahudi yg lain kena boikot.. satu dorm melopong je time cuti... mkn roti msk megi sampai kembung perut.. kempunan mcd py psal... huhuhu.... yg pling best wktu meniaga jual air tembikai waktu hari koperasi.. kaya satu dorm... resepi rahsia yg kitaorg tambahkan... sampai cikgu pun 2 kali beli.. "iman,pika,fiera,ema,ika,nad,qiqi3,papan,poney,mek,fathiah,izzati dan semua warga blok fitrah" kenangan dgn korang tak akn an...

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Petua Awet Muda | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Petua Awet Muda | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friend are for ever...

Image
Betapa aku rindu saat2 bersama kalian semua... kini baru aku mengerti rindu pada alam persekolahan.. kini baru aku faham rindu pada saat manis kita semua, gelak ketawa,menagis bersama.. tapi semua itu tak mungkin akan berulang kembali.... yang tinggal hanya kenangan......

Jom Ramai-ramai Bersihkan Hati

Image

Saat Mata Terbuka Perlahan

Saat mata kubuka perlahan Syukur aku masih diberi hidup Ruang untuk bernafas Di muka bumi-Mu Ya Allah Lantas kutitipkan wudhu’ Melangkah sujud pada-Nya Hanya kepada Engkaulah kami sembah Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan Kuhadapkan wajah menuju kiblatku Tangan kutadah menyeru namaMu Ya Allah Ya 1Ghaffar Ampunkanlah daku Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa Sering lalai dan leka Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana Terasa air jernih menitis hiba Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya Sesungguhnya Dia yang Maha 2Rauf Tiada walau sedetik melupai aku Dia yang Maha 3Tawwab Menerima taubat Sekalian hamba-Nya Sebelum Israfil meniup sangkakala Hati ini… jiwa ini… Masih lagi merintih Lagaknya seperti bayi jerih bertatih Resah nuraniku penuh persoalan Yang aku sendiri tiada jawapan Ya 4Dzul-Jalali Apa aku bisa menjadi hamba-Mu Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah? Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu Yang senantiasa hidup deng...

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Image
Buat Hati yang Ketandusan Cinta www.iluvislam.com Oleh: namakuyana Editor: azzahra_solehah Sabarlah duhai hati. Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara. Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu. Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui. Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan. Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk. Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan. Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji. Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA. Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA. Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah. Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah. Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaan...

Jom BoikoT Barang Israel, Barang Yahudi!!!

Ni aku ambil dari blog org lain... harap dapat membantu kita semua sebagai umat islam... Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika: Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh...
Image
Jom boikot ramai-ramai!! Demi Islam agama kita.....!!

Wahai Hawa renung-renungkanlah...

SURAT ADAM UNTUK HAWA Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang……….. Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt…. Hawa.... Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini.... Hawa.... Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan.... Hawa.... Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan ya...
Siti Nurul Fathiah,Nur Shuhadah, Nur Syafiqah & Nurul Izzati Selama ini Ku mencri-cari Teman yang sejati Buat menemani Perjuangan suci Bersyukur kini PadaMu Illahi Teman yang dicari Selama ini Telah kutemui Dengannya di sisi Perjuangan ini Senang diharungi Bertambah murni Kasih Illahi KepadaMu Allah Kupanjatkan doa Agar berkekalan Kasih sayang kita Kepadamu teman Ku pohon sokongan Pengorbanan dan pengertian Telah kuungkapkan Segala-galanya... KepadaMu Allah Kupohon restu Agar kita kekal bersatu Kepadamu teman Teruskan perjuangan Pengorbanan dan kesetiaan Telah kuungkapkan Segala-galanya Itulah tandanya Kejujuran kita kini baru aku faham erti rindu yang sebenar... For ever in my heart.. ^_^

Cara- cara nak buat kek batik ^_^

Kek batik simple ( 1 loyang ) * 1 packet milo (packet yg plg kecil) * 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated) * 1 buku buttercup * 1 cawan gula halus * 1 biji telur ayam * serbuk koko (dlm 1 sudu besar) * 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko) Cara-cara 1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie) 2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil 3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min) 4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati 5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan 6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

Assalamualaikum dunia...

Tak ada apa yang aku nak coretkan... apa yang mampu aku katakn buat masa ni... aku mahu berubah.. aku sedar, aku hanya manusia biasa yang sentiasa alpa,lalai.. selama aku hidup 18 tahun apa yang mampu aku lakuka... apa yang telah aku lakukan sebagai seorang hamba Allah.. aku harap apa yang aku inginkan ini.. dapat aku lakukan dengan sempurna..... Amin...

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Gadis itu

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN Dialah puteri indah RUPAWAN Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA Dia selesa bersama CINTANYA Tika gaids lain sibuk bermadah pujangga Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA Gadis itu seperti MAWAR BERDURI... Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN.. mulianya kerana KETAQWAAN... cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA... kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN...

Cintailah Aku

Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Erti Hikmah

Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada dibangku sekolah. Dilihatnya tulisan dibelakang gambar kelasnya tersebut. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, Kita menangis dan tertanya-tanya, Kemana hilangnya sinar, Rupa-rupanya…. Allah nak hadiahkan kita pelangi…. masyaAllah…. “Zinnirah,cepat!. Kelas dah nak mula ni”. Teriak sahabatnya Sofea sambil berlari- lari anak untuk mendapatkan Iman yang masih sibuk menyiapkan kerja sekolah di kantin tanpa menyedari waktu rehat sudah pun tamat. ‘Hish!. Macam mana boleh lupa pula kerja sekolah matematik ni. Matilah aku kena leter dengan Cikgu Iman’. Getus hatinya. Setelah mengemas barang-barangnya Zinnirah berlari-lari anak mendapatkan sahabatnya Sofea dan terus menuju ke kelas. “Bangun semua. Assalamualaikum Cikgu Iman”. Jerit ketua kelas di ikuti rakan seperjuangan. “Wa’alaikumussalam. Jangan duduk lagi”. Permintaan Cikgu Iman membuatkan hati Zinnirah seakan mahu gugur. “Baiklah, cik...