Kenali nafsu kita di peringkat mana


Sering kali terbaca di mana- mana laman sesawang tentang kisah si polan yang sudah bertaubat namun kembali melakukan dosa yang lama kembali, namun pasti ada jawapan  dari mana- mana pihak mengatakan “Tidak mengapa, Allah itu Maha Pengampun.” Alhamdulillah betul lah apa yang dikatakan itu tetapi  mari kita fikirkan semula mengapa kita masih tidak boleh lari dari melakukan dosa lama setelah kita kembali bertaubat?. 

Tidak mengenal maksud sebenar nafsu.
Nafsu ialah keinginan manusia yang tersirat dalam akalnya. 
Nafsu juga terbahagi kepada beberapa tingkat antaranya nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah, dan nafsu kamilah. 



>Nafsu amarah ialah nafsu yang paling bawah ia adalah nafsu jahat yang mengajak manusia melakukan kejahatan. 

>Nafsu Lawammah pula nafsu yang 50-50 masih melakukan dosa walau sudah bertaubat. 

>nafsu mulhimah pula orang yang bersungguh sungguh dan tidak henti- henti  bermujahiddah, 

>Nafsu mutmainnah pula adalah martabat nafsu yang diredhai Allah, 

>Nafsu radhiah ini jika ingin di capai perlu memakrifatkan diri kepada Allah dengan gigih dan bersungguh- sungguh.

>Nafsu mardhiah, orang yang bernafsu ini akan lebih tenang dan tenteram.

>Nafsu kamilah pula ialah nafsu yang paling baik dan tinggi tempatnya. 
Peringkat Nafsu
 

-Mengapa masih melakukan dosa selepas diri telah bertaubat?
 Apabila seseorang itu baik dalam ibadahnya namun pada masa yang sama dia lupa dan kembali  melakukan dosa lama kembali, kemudian dia akan menyesali perbuatan tersebut lalu mula kembali  bertaubat kepada Allah. Semua ini terjadi kerana nafsu lawammah yang masih kekal dalam diri  sendiri. Nafsu lawammah adalah nafsu kedua di peringkat nafsu. 

 Manusia yang bernafsu lawammah ini apabila dia melakukan perkara yang baik dia akan merasa riak  dan merasakan dirinya betul dalam perjuangan. Di peringkat nafsu ini, syurga ibarat jauh panggan  dari api Memang betul kita sudah berubah, tidak seperti dulu, tidak juga melakukan kesilapan namun  kenapa nafsu tidak di perangi dengan betul.


-Perangi nafsu mengikut peringkat
 Dalam memerangi nafsu kita perlu benteng yang kuat antaranya menguatkan iman, belajar ilmu  fardhu ain, sentiasa merendah diri dan seantero denganya. Bukan hanya kita bertaubat dan apabila  terlanjur melakukan kembali dosa lama, kita merasa sedih dan takut hanya sementara. Sentiasa  menyesali perbuatan lalu. Cuba mengawal nafsu mengikut peringkat. Cuba kenal terlebih dahulu di  peringkat mana nafsu kita berada.


-Istiqamah dalam beribadah dan bertaubat
 Melakukan yang ibadah sunat , solat juga biar di awal waktu. insyaAllah dengan izinya, kita akan  mula berubah lebih baik. Istikamahlah dalam bertaubat.Jangankan kerana nafsu kita kalah. Bersedi  dalam setiap peperangan dengan nafsu. Kadang kala dalam perkara yang kecil juga menyebabkan  kita tidak mampu melawan nafsu. Antara tidak menghormati ibu bapa, tidak solat di awal waktu,  mengumpat.
 
 Ibaratkan seperti seorang manusia yang bertubuh gempal ingin kurus namun apa yang di lakukan  hanya mengatakan pada diri yang dia ingin kurus tanpa sebarang usha yang keras, bolehkan dia  kurus dengan hanya mengatakan kepada diri? Semestinya tidak boleh bukan. Dia harus bangun  melakukan usha yang gigih, insyaAllah pasti ada ushanya. Kuatkan semangat, tingkatkan iman. 


-Tiada istilah terlambat
 Dalam proses berubah, kita perlu melihat kepada perkara dosa kecil yang sudah menjadi tabiat kita.  Mulai saat ini marilah kita halang nafsu kita dari melakukan perkara yang tidak baik. Senaraikan dan  mulakan perubahan. Tiada istilah terlambat dan sentiasa beringatlah yang Allah itu Maha  Pengampun, lagi Maha Penyayang. 

-Terima kasih sudi mebaca, jika ada kesilapan, tegur ye :) -

Comments

Unknown said…
akak. kenapa Allah still bagi kita peluang utk ada nafsu walau Dia tau yang ramai tak boleh kawal nafsunya? 💕
Unknown said…
akak. kenapa Allah still bagi kita peluang utk ada nafsu walau Dia tau yang ramai tak boleh kawal nafsunya? 💕
Amira Fatehah Azman :) 1st tq sudi singgah. kenapa Allah bagi nafsu? sebenarnya nafsu adalah salah satu ujian Allah pada kita. ,Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah berjaya mengatasi salah satu ujian Allah S.W.T. yang cukup berat ini. wallahu'alam :)

Popular posts from this blog

Selagi belum terlambat

Ada Apa Dengan Cinta ?