Kelebihan Surah 67. Surah apa ya?
Assalamualaikum sahabat ku semua :D
Apa khabar semua?
Sihat ke?
Sihat ke?
Maal Hijrah baru je berlalu. So, apa azam baru kamu semua.
Tipulah kalau tak ada azam.
Kalau ada azam lama yang masih tertunggak, boleh lah bawak tahun ini.
InsyaALLAH dipermudahkan Allah.
Baiklah aku nak kongsi dengan kamu semua tentang surah yang ke 67 di dalam Al- Quran.
Cuba teka surah apa? Haa, cepat buka Al- Quran cari surah yang ke 67.
Surah yang ke 67 adalah surah Al- Mulk.
Ramai yang tahu tentang kelebihan surah Al- Mulk ni namun ada yang tidak ambik endah.
Rugi sebenarnya kalau kita tak nak amalkan.
"Sesunggunhya Rasulullah tidak akan tidur melainkan selepas membaca surah As- Sajadah dan surah Al- Mulk"
Jom baca dulu apa kelebihan surah Al- Mulk ni.
Jika ada yang salah atau perlu di betulkan bagi tahu aku ya.
Ramai yang tahu tentang kelebihan surah Al- Mulk ni namun ada yang tidak ambik endah.
Rugi sebenarnya kalau kita tak nak amalkan.
"Sesunggunhya Rasulullah tidak akan tidur melainkan selepas membaca surah As- Sajadah dan surah Al- Mulk"
Jom baca dulu apa kelebihan surah Al- Mulk ni.
Jika ada yang salah atau perlu di betulkan bagi tahu aku ya.
1. surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari siksaan kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat. (mendapat rahmat ALLAH)
4. Di akhirat rupanya akan di cerahkan seperti wajah Nabi Yusuf. (cantik)
5. Di namakan surah gagah perkasa, pintad dan cerdik.
Fadhilat daripada Hadis
- Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
- Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, iamensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalamSyurga.”
- Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
- Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
- Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
- Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.
- Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Hebatkan kelebihan surah Al- Mulk ni.
Ada seorang hamba Allah ni dalam dirinya tidak ada Al- Quran tetapi yang ada cuma surah Al- Mulk.
Di hatinya, di lidahnya dalam setiap perkara yang dilakukan sentiasa ada Al- Mulk.
Satu hari ketika ajalnya datang dan para malaikat datang menjalankan tugas ketika itulah Al- Mulk datang dan menyelamatkan hamba Allah tadi dari di soal.
Para Malaikat mengatakan jangan di ganggu tugas mereka.
Lalu Al- Mulk datang bertemu Allah dan bekata "Wahai Allah aku adalah Kitab Mu, Aku Mahu melindungi manusia itu, jika Engkau tidak mengizinkan maka buanglah aku dari Al- Quran.
Maka Allah memberi keizinan kepada Al- Mulk.
Lantas Al- Mulk kembali kepada manusia tersebut, sampai di kubur kelihatan malaikat sedang menghampiri manusia itu, lalu Al- Mulk menjerit dengan gerunya,
"Ya Malaikat aku telah mendapat kebenaran daripada Allah.
Malaikat terkejut lalu pergi dari situ.
Lalu Al- Mulk menemani hamba Allah tersebut sehingga hari kiamat.
Hebat kan, jadi adakah kita akan tunggu lagi untuk terus beramal??
p/s : Aku juga kadang leka dalam ibadahku, marilah kita sama- sama menambah iman di dada supaya mudah di kemudian hari. Amiiinnn. :)
Comments