Diet Jom!
Assalamualaikum semua :D Alhamdulillah masih lagi bernafas untu hari yang sangat indah ini. Syukur kepada Allah kerana memberi kami kesihatan tubuh badan untuk kami terus beribadah pada Mu Ya Allah. Baiklah hari ini adalah hari first untu aku dan sahabat ku Nurul Atiqah berdiet. Semalam kami pergi timbang berat badan, sebelum balik Perlis aku timbang berat aku 84 kg dan semalam aku pergi timbang turun lah beberapa kg. Iaitu 77.5kg.. Mungkin sebab faktor makan yang tak menentu dan abah masih belum hantar motor kat Perlis ni jadi aku kadang- kadang berjalan kaki je, dari rumah sewa ke UiTM. T__T (berpeluh satu badan) Jadi aku dan member ingin menurunkan lagi berat supaya kami sihat dan boleh menjalankan ibadah dengan baik. InsyaAllah.. Untuk seminggu ni kami target seperti di bawah :- Aku - Dari 77.5kg - 70kg Nurul- Dari 86kg - 80kg Beza kami agak jauh sebab aku kalau nak di bandingkan dengan Nurul aku agak pendek. Tinggi aku 155 cm l...