Posts

Showing posts from 2012

Cintamu yang agung

Image
Ya Allah, berikanlah aku lagi satu peluang. Peluang yang mungkin terakhir bagi diri ku. Mungkin juga kesempatan terakhir bagi ku... Aku ini hanya insan yang hina Ya Allah, Sering kali lalai dan alpa, Tidak juga istiqamah dalam melakukan taubat, Malu ku  untuk terus bersujud menghadapmu, Meminjam apa yang diberikan, Ampunilah diriku Wahai Tuhanku, Jika ada air mata yang jatuh ini, Kerana sesalan ku tidak mengaut cintamu setulus hati. Izinkanlah Ya Allah,  untuk aku mencintaimu sekali lagi untuk selama- lamanya.  

Doa Nabi Muhammad S.A.W.

Image
Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu? Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam.  Berikut adalah doa-doa tersebut : 1. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim] 2 .Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari] 3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari d...

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w amat merindui kita

Image
Suatu hari, Nabi bertanya : "Siapakah hamba Allah yang mulia?"   Sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"   Sahabat : "Tentulah para nabi, merekalah yang mulia" ... Nabi tersenyum lalu berkata : "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"   Para sahabat terdiam lalu berkata : "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah..?"   Nabi berkata : "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.. Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata :- "Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMATKU..!!" Ya ...

Warkah Dari Anakmu....

Image
A ssalamualaikum ummi dan abah. Hari ini genaplah usia along 20 tahun. Terlampau banyak yang telah along pelajari selama hidup ini. Juga terlampau banyak kesilapan yang telah along lakukan. Dari along kecil hingga dewasa tiada apa yang mampu along beri sebagai sesuatu yang ummi dan abah boleh banggakan kerana membesarkan along. Along amat bersyukur kerana Allah telah memilih ummi dan abah untuk menjadi ibu bapa along di dunia ini dan biarlah kekal hingga ke akhirat.            Kini   along sudah dewasa ummi, abah. Semakin along perlu lalui jalan hidup sendirian, semakin jauh untuk along sentiasa bergantung kepada ummi dan abah. Tetapi naluri along adalah untuk bermanja seperti dulu, di kawal ketat kerana along belum yakin untuk bertatih sendirian dalam dunia yang penuh cabaran ini. Along bukanlah setabah abah, along juga bukan secekal ummi. ...

Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih Ayah sehingga ke akhirnya

Image
Umi : Along satu hari nanti umi nak along jadi orang yang berguna pada           agama,keluarga,bangsa, Jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik. Abah : Along kena yakin yang along boleh buat. jadi orang yang berguna.             Buat yang terbaik, usaha, tawakal, mengaji juga jangan lupa. Pernah tidak kita diucapakan begitu. Tipulah jika tidak pernah. Setiap ibu bapa yang melahirkan kita menginginkan yang terbaik untu kita. Kita tidak cukup peralatan, mereka cukupkan. Kita teringin nak makan, mereka masakkan. Kita susah hati mereka tolong tenangkan. Kita sakit mereka juga turut merasa sakit. Serba serbi lengkap tentang mereka. Tetapi soalanya sekrang kenapa kita sering menjadikan mereka seperti seseorang yang tidak pernah melakukan apa- apa pada kita?. Kita menyakitkan hati mereka. Kita marah, benci, serta cuba untuk mencari ke...

Selagi belum terlambat

Image
Dalam sedar tidak sedar,  Hidup kita masih lagi bergelumang dengan dosa, Sama ada yang kita sengaja atau tidak disengajakan. Pernah juga kita merasa terlalu banyak dosa, Kadang- kala kita merasa untuk kembali ke pangkal jalan, Kadang kala juga kita lupa dengan janji- janji yang kita kotakan kepada Allah S.W.T.. Ya, memang Allah maha pengampun lagi Maha penyayang, Tetapi kenapa kita sering alpa, Kita melakukan dosa tanpa segan dan silu, Tanpa kita sedar yang kita hanya menompang di buminya. Kita meminjam segalanya, Sesungguhnya kita hanyalah hambaNYA... Tidak kah kita merasa  segan dengan Yang Menciptakan kita, Sebanyak mana pun kita melakukan dosa, Allah masih lagi memberi kita peluang untuk terus hidup, Meminta keampuanan daripadanya, Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba- hambanya, Seteruk dan seluas mana pun dosa yang kita buat, Allah masih lagi mengampunkan dosa kita. . Tetapi jangan sampai mata terpejam, Baru kita ingin meminyta keampun...