Warkah Dari Anakmu....





Assalamualaikum ummi dan abah. Hari ini genaplah usia along 20 tahun. Terlampau banyak yang telah along pelajari selama hidup ini. Juga terlampau banyak kesilapan yang telah along lakukan. Dari along kecil hingga dewasa tiada apa yang mampu along beri sebagai sesuatu yang ummi dan abah boleh banggakan kerana membesarkan along. Along amat bersyukur kerana Allah telah memilih ummi dan abah untuk menjadi ibu bapa along di dunia ini dan biarlah kekal hingga ke akhirat.
           Kini  along sudah dewasa ummi, abah. Semakin along perlu lalui jalan hidup sendirian, semakin jauh untuk along sentiasa bergantung kepada ummi dan abah. Tetapi naluri along adalah untuk bermanja seperti dulu, di kawal ketat kerana along belum yakin untuk bertatih sendirian dalam dunia yang penuh cabaran ini. Along bukanlah setabah abah, along juga bukan secekal ummi.

              Namun lumrah kehidupan tetap harus dijalani juaga. Along ditugaskan untuk belajar bersungguh- sungguh untuk diri sendiri tapi yakinlah ummi dan abah, selagi nafas masih berhembus along akan jaga ummi dan abah . Tidak akan along sia- siakan pengorbanan yang telah dilakukan. Ketahuilah ummi , abah di saat ini. Ingin sekali along memeluk kalian berdua supaya ummi dan abah tahu betapa berertinya kalin berdua walau nyawa jadi taruhan along sanggup.

      Ummi abah, jika Allah menarik nyawa along sebelum along sempat membahagiakan dan membalas jasa ummi dan abah ampun dan maaf along kirimkan. Hanya itu yang mampu along berikan. Walau apa yang berlaku sayang along pada ummi dan abah tidak akan pernah luntur walau sesaat pun. Sayang ummi dan abah dunia dan akhirat. Sayang juga kepada adik- adik yang sentiasa emnjadi penyeri hidup along selama- lamanya. Tiada siapa yang mampu mengambil tempat kalian semua insyaAllah
                                                                                                                                                              Anakmu,

Comments

Popular posts from this blog

Selagi belum terlambat

Ada Apa Dengan Cinta ?