Cintamu yang agung
Ya Allah, berikanlah aku lagi satu peluang.
Peluang yang mungkin terakhir bagi diri ku.
Mungkin juga kesempatan terakhir bagi ku...
Aku ini hanya insan yang hina Ya Allah,
Sering kali lalai dan alpa,
Tidak juga istiqamah dalam melakukan taubat,
Malu ku untuk terus bersujud menghadapmu,
Meminjam apa yang diberikan,
Ampunilah diriku Wahai Tuhanku,
Jika ada air mata yang jatuh ini,
Kerana sesalan ku tidak mengaut cintamu setulus hati.
Izinkanlah Ya Allah,
untuk aku mencintaimu sekali lagi untuk selama- lamanya.
Comments