Kerja semua settle, tinggal tunggu masa nak pi rehat je ni. Kerana saya budak baru belajar, jadinya kerja masih tidak banyak lagi. Nanti dah busy tahu lah kau. Padan muka! So.. sekarang Im working in government sector. Even jauh naa dari bidang aku. I dont know why lah.. semakin aku lari dari bidang atau perkara aku tak suka, semakin depa ni mengejar aku. Aku kan kalau boleh tak nak dah ada pertalian darah dengan akaun ni.. Sekali ambil kau. Ditempatkan bawah Seksyen Kewangan, Unit Perolehan pula tu. Tapi tulah orang kata, rezeki ni mai dalam bentuk yang tak akan kau sangka. Rezeki, Jodoh, Ajal, Pertemuan tu semua rahsia Allah. Tak siapa boleh duga, betul tak? Dalam banyak- banyak kerja aku apply, ni je yang sangkut. Aku apply jadi pegawai, manager, editor buku, editor video, banyak laaa.. Sampai aku dah ambil keputusan nak jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, tapi gaji dibayar setiap bulan lah. Ikut qualification aku juga. kahkahkah...