MrTheAllShared... Apa tu? Rugi kalau tak tahu??

Assalamualaikum ! :D

         Setelah sekian lama aku tidak berbloging. 
Lagi- lagi sekarang nak dapat wifi sangat lah susah.
Guna broadband pun, oleh kerana aku duduk di Perlis (tak sabar nak balik SELANGOR)jadi faham- fahamlah macam mana line kat sini dan sebenarnya pun itu bukan masalah yang menyebabkan aku tak update apa- apa. 


Semuanya sebab aku memang tak ada idea nak tulis apa (huhuhu aku kehabisan idea dan tak ada mood nak type apa- apa), dan memandangkan aku kena strugle lebih sikit semester ni.

Okey rasa nya macam dah lari topik kan.

Baiklah mari aku start bercerita tentang 

"MrTheAllShared atau lebih di kenali sebagai MTAS."
SIla tekan gambar untuk ke Facebook Page mereka

Siapa kah mereka? satu pertubuhan apa?
Jom dengar saya bercerita... :")

Mereka ni adalah golongan remaja yang agak aktif dalam berdakwah melalui video.
Seperti Matluthfi dan seantero denganya. 
Cuma apa yang membezakan mereka, mereka ramai dan video mereka agak lain dari yang lain.

First aku jumpa video mereka di youtube ketika aku sedang bersantai- santai, masa mula- mula aku fikir mereka ni seperti da'ie yang lain.
Tapi lagi banyak video aku tengok aku dapat lihat apa yang menarik ialah mereka ni pandai bermain dengan isu semasa, dan video mereka agak menarik di tonton kerana efek di video dan cara penyampaian mereka agak menarik.
Sesuai untuk remaja- remaja dan mungkin kurang sesuai untuk usia tua sebab aku rasa orang yang berusia ni, lebih suka straight to the point, but why we not try
Mana tahu mereka pun seronok menonton kan.

Tentang mereka pula, aku sebenarnya tak kenal pun siapa- siapa cuma aku tahu mereka  bersahabat sejak dari sekolah lagi. 
Antara sekolah mereka ialah Sekolah Menengah Dato Harun (sekolah member aku).
Siapa sekolah sama macam mereka angkat tangan sekarang! hee :D
Ahli- ahli mereka juga bertambah dari semasa ke semasa. 
Yang paling menarik sekali aku rasa mereka ni muda dari aku. (yeay aku dah tua T_T)
Beza setahun dua juga dengan aku.
 Rasanyalah sebab melalui apa yang aku tonton, mereka ni semua baru menyambung pelajaran baru- baru ni. Wallahualam.
Ni apa yang aku agak, tapi kalau salah harap maaf ya :').

Baiklah ni ada satu video aku sertakan antara video yang pertama aku tengok.

Kalau nak tengok banyak lagi video mereka di youtube tekan link ini >>>>MrTheAllShared
Baiklah itu sahaja buat masa ni, aku kena sambung study balik. 
Paper aku 9 haribulan ni. 
Doakan aku ya kawan- kawan :') .

Maaf kalau menggunakan kata diri 'Aku' kepada yang lebih tua, cuma nak mesra dengan kamu semua. Kalau ada silap dan salah dalam menulis harap dapat betulkan. Saya akan cuba perbetulkan. Assalamualaikum. :)




Comments

Unknown said…
good luck utk exam.. lg 1, baru tahu pasal mereka ni..hohoho

jum singgah entry ni
http://cikamal.com/cara-daftar-whohaa.html

Popular posts from this blog

Ada Apa Dengan Cinta ?

SAKSI DISEBALIK LENSA