Posts

Showing posts from August, 2012

Cintamu yang agung

Image
Ya Allah, berikanlah aku lagi satu peluang. Peluang yang mungkin terakhir bagi diri ku. Mungkin juga kesempatan terakhir bagi ku... Aku ini hanya insan yang hina Ya Allah, Sering kali lalai dan alpa, Tidak juga istiqamah dalam melakukan taubat, Malu ku  untuk terus bersujud menghadapmu, Meminjam apa yang diberikan, Ampunilah diriku Wahai Tuhanku, Jika ada air mata yang jatuh ini, Kerana sesalan ku tidak mengaut cintamu setulus hati. Izinkanlah Ya Allah,  untuk aku mencintaimu sekali lagi untuk selama- lamanya.  

Doa Nabi Muhammad S.A.W.

Image
Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu? Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam.  Berikut adalah doa-doa tersebut : 1. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim] 2 .Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari] 3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari d...