Buat Hati yang Ketandusan Cinta www.iluvislam.com Oleh: namakuyana Editor: azzahra_solehah Sabarlah duhai hati. Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara. Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu. Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui. Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan. Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk. Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan. Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji. Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA. Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA. Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah. Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah. Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaan...